Senin, 23 Juni 2008

Saudagar Minyak

Bahan: Akrilik atas kanvas Size: 30cm x 40cm Tahun: 2008

Kenaikkan harga minyak global Telah jadi satu isu utama masakini. Malahan negara kita yang menjadi pengeluar minyak juga tidak terkecuali. Kemuncak kepada kemelut ini ialah apabila kerajaan telah mengurangkan subsidi minyak baru-baru ini. Akibatnya rakyat terpaksa membayar lebih untuk harga minyak dan amat membebankan sebahagian besar rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah. Peningkatan kos perniagaan telah membuatkan barangan keperluan dinaikkan harga oleh peniaga. Ini mengakibatkan kos sara hidup rakyat juga meningkat.
Sebenarnya peningkatan harga minyak berlaku kerana spekulasi oleh pihak yang mendominasi politik dunia atas matlamat yang tersirat. Pak-pak arab sedang menikmati kenaikkan harga minyak ini dengan keuntungan berlipat kali ganda. Di negara kita duti yang dibayar kepada kerajaan oleh PETRONAS juga meningkat. Tetapi kerajaan sekarang masih tidak “tertanggung” subsidi minyak untuk rakyat kerana sebahagian besar pendapatan negara mahu diguna pakai untuk menyusun bajet baru selepas banyak wang “digunapakai” sebelum ini.
Lihatlah di negara kita sendiri. Spekulasi oleh pihak yang mendominasi politik mencorak isu minyak menjadi sebuah drama penuh syahdu. Siapakah saudagarnya yang sedang menikmati keuntungan berlipat ganda??


Tidak ada komentar: