Selasa, 16 Juni 2009

Pembohongan Telah Mulai Bertunas


Seperti kisah Pinocchio si patung kayu yang tumbuh hidungnya bila saja dia mulai menipu. Begitulah kisah teladan yang terkenal ini. Kita bisa menipu dan berpura-pura, tetapi akan kelihatan juga...

Badutnya Dilempar Kasut



Tiada apa yang lebih menarik selain daripada peristiwa Bush dilempar kasut. Ianya telah tercatit dalam sejarah dan sejarah tidak pernah menipu...

Senin, 23 Juni 2008

Siapa Yang Melepaskan Anjing?


Bahan: Akrilik atas kanvas Size: 30cm x 40cm Tahun: 2008

Kata pepatah “Seperti melepaskan anjing tersepit” . Kerana simpati atau ada niat tersembunyi akibatnya kita lupa sifat si anjing. Anjing hanya setia pada tuannya. Kalau sang anjing dibiarkan melolong-lolong kerana tersepit maksudnya tuannya yang membiarkannya atau tuannya dah tak mahukannya lagi, sebab itu dibiarkan.
Sebelum melepaskan anjing yang tersepit fikirkanlah dan bersedialah kemungkinannya. Jangan nanti sang anjing mengigit pula.
Apa lagi kalau anjing itu rupanya bukan anjing sebenar, tetapi manusia yang berselindung di sebalik topeng anjing... Ingat anjing binatang yang setia pada tuannya tetapi manusia makhluk berakal yang penuh muslihat dan tidak terduga...


Everythings O.K!!

Bahan: Akrilik atas kanvas Size: 30cm x 40cm Tahun: 2008
Paling sukar dan teruk sekali bila kita terpaksa membuat kenyataan atas kepentingan orang lain ataupun sebagai galang-ganti untuk orang lain berkata “baik” tentang kita. Walau apa keadaannya dan apa sekalipun kedudukkannya kita terpaksa kata everythings o.k! Walaupun kita tahu dan sedar kesannya dan kita tahu baik buruknya kita terpaksa kata everythings o.k!!
Tapi sampai bila kita boleh tahan? Sampai kerusi yang kita duduk jadi panas? Atau mungkin sehingga jari kaki kita jadi masak macam ayam panggang??

Saudagar Minyak

Bahan: Akrilik atas kanvas Size: 30cm x 40cm Tahun: 2008

Kenaikkan harga minyak global Telah jadi satu isu utama masakini. Malahan negara kita yang menjadi pengeluar minyak juga tidak terkecuali. Kemuncak kepada kemelut ini ialah apabila kerajaan telah mengurangkan subsidi minyak baru-baru ini. Akibatnya rakyat terpaksa membayar lebih untuk harga minyak dan amat membebankan sebahagian besar rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah. Peningkatan kos perniagaan telah membuatkan barangan keperluan dinaikkan harga oleh peniaga. Ini mengakibatkan kos sara hidup rakyat juga meningkat.
Sebenarnya peningkatan harga minyak berlaku kerana spekulasi oleh pihak yang mendominasi politik dunia atas matlamat yang tersirat. Pak-pak arab sedang menikmati kenaikkan harga minyak ini dengan keuntungan berlipat kali ganda. Di negara kita duti yang dibayar kepada kerajaan oleh PETRONAS juga meningkat. Tetapi kerajaan sekarang masih tidak “tertanggung” subsidi minyak untuk rakyat kerana sebahagian besar pendapatan negara mahu diguna pakai untuk menyusun bajet baru selepas banyak wang “digunapakai” sebelum ini.
Lihatlah di negara kita sendiri. Spekulasi oleh pihak yang mendominasi politik mencorak isu minyak menjadi sebuah drama penuh syahdu. Siapakah saudagarnya yang sedang menikmati keuntungan berlipat ganda??


Menunggang Singa Kayu


Bahan: Akrilik atas kanvas Size: 30cm x 40cm Tahun: 2008


Bayangkanlah seorang pahlawan yang hebat dan gagah perkasa membela nusa dan bangsanya. Ditangannya tergengam erat sebatang tongkat sakti penuh gah dan penuh kemuliaan. Pahlawan harapan bangsa, menunggang singa kayu, apakah dapat mengentarkan musuh atau hanya jadi bahan tawa dan cemuh? Tangan siapa pula yang memegang remote.....

Sabtu, 21 Juni 2008

Just Say Yes!!


Bahan: Akrilik atas kanvas Size: 30cm x 40cm Tahun: 2008

Burung kakak tua merupakan burung yang boleh dilatih untuk meniru suara dan percakapan manusia. Kadangkala memang tertipu dengan kebolehan semulajadinya.
Tetapi sebenarnya si burung kakak tua hanya tahu meniru mengikut apa yang diajarkan oleh tuannya sedangkan ia langsung tidak faham apa maksud bunyi yang dikeluarkannya.
Alangkah bagusnya kalau kita menjadi pemimpin yang dikelilingi burung kakak tua. Kerana kita boleh mengajar mereka apa-apa perkataan yang kita suka dan akan berkumandang setiap saat. Pasti hebat bunyinya apatah lagi bila kita ajarkan burung-burung itu perkataan "yes" atau "ya"!!!